Pages

Isnin, 8 Ogos 2011

Hati yang kau sakiti-8


Kisah kita baru bermula....

Honda civic yang dipandu Amru Hafiz berhenti dihalaman rumah banglo dua tingkat di kawasan perumahan Sg Buloh Resort. Kecut hatinya memikirkan tentang pertemuan yang tidak pernah dijangka ini. Keputusan untuk menerima lamaran daripada lelaki yang berada disebelahnya baru beberapa minit berlalu dan kini dia sedang berada di kawasan laman rumah keluarga lelaki ini. Melihat banglo yang tersergam indah ini, dia tahu lelaki ini bukan calang-calang orang.
“Jom...” Ajak Amru Hafiz sambil membukakan pintu disebelahnya. Tangannya sejuk dan wajahnya pucat. diangkat wajah memandang lelaki yang sedang menunggu dia keluar dari kereta ini. Bagaimanakah harus diluahkan perasaannya kini. dia takut. entah apa yang akan difikirkan oleh ibu bapa lelaki ini apabila tiba-tiba sahaja anak lelaki mereka membawa pulang seorang gadis untuk diperkenalkan.
“Kenapa?” Soal Amru Hafiz apabila melihat Ami teragak-agak untuk keluar dari keretanya.
“Awak takut?” Soalnya lagi. Pantas Ami mengganggukkan kepalanya. Maunya tak takut, sepanjang hidupnya tidak pernah lagi bertandang ke rumah lelaki selain rumah-rumah bapa saudaranya.
“Come.. Saya ada. tak perlu takut. Lagi pun umi dan walid tak makan anak orang. Mereka cuma nak kenal dengan bakal menantu mereka je”
Amru menghulurkan tangannya, namun Ami hanya memandang sekilas. ‘tak perlulah berpegang-pegang tangan, dia boleh jalan sendiri’omel Ami di dalam hati.
Amru mengulum senyuman. Nampak takut tapi sombong juga.’ komen Amru di dalam hati. lalu ditutup pintu kereta dan mendahului Ami menuju ke pintu utama. Ami menarik nafas panjang dan cuba bertenang. Siapa yang tidak merasa gemuruh dan takut untuk bertemu dengan bakal mertuakan. Tambahan pula dia sendiri tidak berapa mengenali bakal suaminya. tetapi oleh sebab mereka terikat dengan kejadian yang tidak diinginkan itu, maka dia berada di sini hari ini. Jika masa dapat diputarkan kembali, dia akan bertegas, sungguh dia tidak bersedia untuk bergelar isteri orang.
“Masuklah. Umi mesti ada di dalam biliknya” Amru mempersilakannya masuk. Ami memandang wajah Amru seolah-olah ingin mengatakan sesuatu.
“Jangan risau.. Umi baik dan tidak cerewet. Jika ada apa-apa soalan nanti, biar saya yang jawab. okey” kata Amru seolah-olah mengerti kebimbangan yang bertapak di dalam diri Ami. Jika dia berada di tempat gadis itu pun cuak juga. Sebenarnya dia sendiri merasa bimbang dengan penerimaan Uminya.
Amru teringat perbualan singkat dengan Uminya semalam tentang keputusannya yang tiba-tiba ingin berkahwin ini.
“Yang tiba-tiba kamu nak kawin ni kenapa? Dahlaa budak tu masih belajar lagi. gatal nak kawin.. tak boleh ke habis belajar dulu” Protes Umi tanda tidak berpuas hati. Walid pula mendiamkan diri, tidak mahu masuk campur. Lagipun anak tunggalnya telah pun dewasa dan memang layak berkahwin.
“Lambat lagi dia habis belajar Umi. Lagipun benda yang baik. Buat apa nak lambat-lambatkan” Balas Amru. Tak sangka pula dia boleh berbahas tentang hal nikah kawin ini dengan umi. Padahal sebelum ini, jika perkara ini dibangkitkan bermacam-macam alasan yang dia berikan.
“Umi tak suka ke jika saya kawin?”
“Bukan tak suka, cuma umi pelik. dulu bukan main lagi kamu bagai bermacam-macam alasan tak mahu kawin. Ni tiba-tiba cakap nak kawin. Nak cepat pulak tu dengan budak yang masih belajar lagi. Mestilah umi tak setuju”
“ Dah sampai jodohnya tu. biarkanlah Mah”
“Entah-entah anak kita ni terkena ubat guna-guna tak bang. Maklumlah budak yang dia nak kawin tu orang kampung. Orang kampung kan suka main bomoh-bomoh dan guna-guna ni” Umi membuat andaian. menyuarakan apa yang dirasakan.
“Astaqfirullah halazim. kamu ni tak baik nak menuduh orang tanpa usul periksa.” Walid menggelengkan kepalanya. Amru lagilah, tidak percaya sampai begitu sekali pemikiran uminya. Dan dia sendiri tidak pernah fikirkan tentang perkara itu. Di dalam benaknya, dia cuma memikirkan rasa ingin bertanggungjawab ke atas kesilapan yang dilakukannya.
“Umi... langsung tak masuk akal apa yang umi cakapkan itu. mengarutlah umi ni. Saya sendiri yang nak kawin dengan dia. kalau umi nak tahu, sekarang ni dia langsung tak tahu tentang keputusan saya ni. Saya bagitahu umi dulu, lepas ni baru nak jumpa dia.”
“Kalau macam tu, batalkan je. Umi taknak terima menantu express ni. lebih-lebih lagi Umi tak nak kamu menyesal nanti” putus Umi.
“Saya takkan tarik balik. Saya cakap kat umi ni sebab nak umi pergi meminang dia. Saya tetap nak kawin dengan dia juga” tegas Amru Hafiz berkata.
“Kalau kamu nak sangat kawin, umi boleh pinangkan anak Mak Cik Rokiah tu. lawa pun lawa Sari tu. doktor pula. Sepadan dah dengan kamu”
“Umi … Saya tak minat. Saya cuma nak Ami yang jadi isteri saya. Saya tahu dia yang terbaik untuk saya. Please umi....Umi jumpa dia dulu.. kenal dengan dia dulu. Saya tahu umi pasti sukakannya”Pujuk Amru Hafiz.
Dia perasan keluhan dan jelingan umi kepadanya. Walaupun tiada secalit rasa di dalam hatinya buat Ami, namun dia yakin perasaan itu boleh dipupuk. yang penting kini dia mahu bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku.
“ehmmmmm” fikiran Amru Hafiz kembali ke alam nyata.
Dihujung tangga kelihatan umi yang anggun berbaju kurung dengan rambut yang disanggul rapi, datang mendekati mereka.
“Ami.. kenalkan umi abang... Sarimah..”
“Umi.. inilah Ami yang saya ceritakan semalam..” Amru memperkenalkan mereka berdua. Terus Ami menghulurkan tangan untuk bersalaman. Nak tak hendak Umi menghulurkan tangannya juga dan terus disambut dan dicium oleh Ami.
“Apa khabar umi..” Perlahan Ami bertanya khabar.
“Baik.. duduklah” senada sahaja bunyi suaranya. Melihat penampilan gadis dihadapannya serta merta hatinya sejuk. Wajahnya yang jernih bagaikan menggambarkan ketenangan jiwanya biarpun nampak sedikit canggung. Mungkin kerana ini adalah pertemuan pertama mereka.
Amru juga mengambil tempat di sebelah Ami namun berjarak. Dia tahu hubungan mereka masih lagi terbatas. Walaupun perkenalan mereka tidak lama dan hanya dua kali sahaja mereka bersua, itu pun pertemuan pertama mereka bukanlah seindah mana. Pertemuan yang menjuruskan mereka kepada sesuatu yang dikesalkan untuk seumur hidup. Dan pertemuan kedua mereka adalah tadi, ketika Amru menjemput Ami di kolejnya.
“Dah lama kenal” Soal Umi memulakan perbualan mereka.
“Dalam enam bulan umi...” cepat-cepat Amru menjawab. Umi menjeling ke arah anak tunggalnya.
“Umi tanya Ami.. bukan kamu. pergi ke dapur.. buat air” suruh Umi.
“tak apalah umi.. tadi kami dah minum...”jawab Amru lagi.
Umi menjeling lagi. “ Kalau macam tu pergi naik atas.. Umi nak bercakap dengan Ami sekejap. woman talk” tegas umi bersuara. Ami telah mula cuak dan menggelabah meskipun wajahnya kelihatan tenang. Dia takut, jika dia tersalah kata nanti.
“tapi umi...” mati kata Amru apabila melihat jelingan maut dari uminya.
“yelaa.. yelaa.. tapi umi jangan tanya yang bukan-bukan pulak. Kami baru je nak bersuai kenal. banyak yang Ami tak tahu tentang Amru. lepas kawin nanti baru kami nak berkenalan dengan lebih mendalam” Terang Amru. Dia tidak mahu umi salah faham andai ada di antara soalan-soalan uminya nanti, Ami tidak dapat menjawabnya. Sebab mereka tidak lagi berkenalan rapat. pertemuan mereka baru dua kali dan kali kedua ini terus dipanjangkan dengan membawa Ami pulang menemui umi.
“Yang kamu nak risau sangat ni kenapa? Ada benda yang umi tak tahu ke?” Serkap Umi. Hatinya dapat merasakan ada satu rahsia besar disebalik keputusan yang dibuat oleh anak tunggalnya. Masakan tidak, tetiba sahaja kata hendak kawin. cepat pula tu, dengan gadis yang belum habis belajar pula.
“Eh mana ada apa-apa. Umi ni suka sangat fikir yang bukan-bukan. nak kawin pun salah tak kawin pun salah.”
“Habis tu cuba cerita kat umi kenapa nak kawin cepat-cepat ni?” Asak umi pula.
“Umi tengok laa Ami ni, berpakaian macam mana? Kalau saya ajak dia dating.. jangan harap nak keluar. Ni pun saya pakai muslihat sikit ajak dia datang jumpa umi ni. Kalau tidak mata beragam laa saya nanti.”
“Sebab itu.. saya nak cepat-cepat kawin. Boleh nak ajak Ami dating bila-bila masa je. Tak adalah saya mati kutu dok rindukan dia” panjang lebar Amru menerangkan sebab musababnya. Ami terdiam. sedikitpun dia tidak menyampuk malah mengiyakannya. Di dalam hati ada rasa terharu dan juga bersalah. terharu melihat kesungguhan Amru menerangkan sebab kenapa mereka perlu berkahwin cepat dan rasa bersalah kerana di sebalik kesungguhan itu, ceritanya bukan begitu. Ada memori hitam yang terpalit di dalam sejarah hidup mereka. Hanya dia, Amru, Kirana, Ali, Khairi dan Syida yang mengetahuinya dan semuanya mengunci mulut merahsiakan perkara itu.
Umi terdiam mendengar penjelasan dari anaknya itu. Hatinya telah mula menerima apa yang diterangkan oleh Amru Hafiz walaupun masih ada lagi kesangsian dari cerita itu.
“Kamu betul sukakan anak umi ni, Ami?” Umi menyoal Ami pula.
Sejenak Ami tergamam. Kelu lidahnya. Yang sebenarnya perasaan itu masih belum ada. Dia mengambil masa untuk menjawabnya.

2 ulasan:

  1. Assalam kak Shima, hai..saya baru lagi kat sini..hehe..saya suka tengok cara akak, I love to read all your work!...bikin hati berdebar sey!!..hehe..apa2pun all the best and keep up the good work ye kak...oh, ye...sebelum terlupa...sambungan cerita "hati yang kau sakiti" ini takde ek?...lama dah saya tunggu, hee`...salam sayang dari Brunei..;)

    BalasPadam
  2. Wasalam dik.. selamat datang ke blog kak shima.. insyaallah hati yang kau sakiti akan di sambung nanti.. Jemput2 jenguk blog akak yg satu lagi ye... blog ni sepi skit.. hehehe...kat sana lagi byk cerita yg akak tulis..

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails