Pintu bilik di buka dari luar. Terus Syida dan
Kirana menerpa ke arahnya.
“Kau pergi mana Ami. Kau buatkan kami risau”
bertalu-talu Kirana menyoal Ami yang melangkah lemah memasuki bilik mereka.
Terus dia menuju ke almarinya dan menarik keluar tuala. Kemudian dia mengambil
bekas berisi barang mandian dan melangkah keluar menuju ke bilik air.
Pertanyaan Kirana dan Syida dibiarkan berlalu. Dia
tiada rasa untuk menjawab soalan-demi soalan itu. di dalam fikirannya dia mahu
membersihkan diri dan sujud kepada Allah memohon keampunan di atas
kekhilafannya yang terjadi dalam hanya satu malam. Satu malam di mana dia
hilang kewarasan dan hilang segala-galanya.
Selesai mandi dia terus menunaikan solat dan solat
taubat. Kemudian dia membaca Al-Quran. Suaranya tersangkut-sangkut menahan
sebak yang bertandang. Menyesali apa yang terjadi. Kenapa dia boleh menjadi
begitu lemah kerana seorang lelaki dan kenapa dia terlalu mengikut kata
hatinya.
Kirana dan Syida saling berpandangan dan memerhati
tingkah laku Ami. Dihati mereka diburu rasa yang bersalah yang amat sangat.
Kalaulah bukan kerana mereka tentu Ami tidak akan menjadi seperti ini. Kalaulah
dia tidak mengikut kata Ali itu, tentu Ami masih lagi seperti semalam.
Tersenyum dan menegurnya. Bukan seperti sekarang ini yang langsung tidak
memandang mereka.
Setelah melihat Ami selesai membaca Al-Quran,
cepat-cepat Kirana bersimpuh di sisinya. Begitu juga dengan Syida.
“Aku mintak maaf Ami. Aku tak ada niat nak
khianati kau. Aku betul-betul mintak maaf” bersungguh-sunguh Kirana meminta
maaf sambil menggenggam tangan Ami. Matanya berkaca.
“ Aku juga. Kalau aku larang Kirana letakkan pil
khayal dalam minuman kau, tentu kau takkan jadi macam ni. Kami silap. Kami
ingatkan dengan cara itu kami boleh tolong kau lupakan si Hafiz tu. kami silap.
Maafkan kami Ami”
Air mata kian laju membasahi pipi Ami. Bukan silap
mereka sepenuhnya. Silap dia juga. Jika dia tidak mengikut mereka berdua, tentu
takkan jadi begini. Tentu dia masih lagi Ami yang dulu. tetapi terlajak
perbuatan mana boleh diundur. Mana boleh diulang kembali masa itu untuk
diperbetulkan.
“Aku maafkan. Lagipun ini semua berpunca dari aku
juga. Kalau aku tidak mengikut. Kalau aku tidak memulakannya. Tentu tak jadi
macam ni. Tak apalah. Bukan salah sesiapa. Salah aku” Dalam sebak Ami berkata
untuk mengurangkan rasa bersalah di hatinya sahabatnya itu.
“Kau pergi mana? Puas kami cari. Amru pun mencari
kau juga.”Soal Kirana.
“Entah aku tak tahu.. sedar-sedar aku telah berada
di hadapan CM. dan mujurlah ada seorang abang ni yang baik hati”
“dia membuatkan aku tersedar. Dia membuatkan aku
insaf kerana ikutkan hati yang merana ini” perlahan sahaja suara Ami
menceritakannya. Ya …dia bersyukur.. teguran seorang lelaki yang membahasakan
dirinya abang membuatkan dia tersedar. Mujurlah dia hanya hanyut seketika bukan
terus hanyut dibawa arus.
Kirana dan Syida insaf. Ami hanya mengikuti mereka
semalaman sahaja. Tetapi penyesalannya seolah-olah dia telah melakukan
kesalahan yang amat besar. Sedangkan mereka bertahun-tahun mengikut arus dunia
ini. seolah-olah telah sebati dengan diri mereka. Mereka tidak pernah merasakan
apa yang mereka lakukan itu satu dosa besar. Arus kemodenan ini telah menenggelamkan
ilmu agama yang mereka pelajari dahulu. terkambus di dalam telaga buta di dalam
hati. Yang membutakan akal fikiran mereka dan ditutupi pula oleh keseronokan
demi keseronokan dunia.
Melihat keadaan Ami terbit penyesalan di atas kelakuan
mereka selama ini. Ami tidak menyalahkan diri mereka sebaliknya menyatakan itu
semua berpunca dari kekhilafan dirinya sahaja. Ah… betapa baik hatinya.
Kalaulah orang lain tentu putus persahabatan ini.
Bermula saat itu, Kirana dan Syida mulai insaf.
Mereka tidak lagi seperti dulu. tidak lagi keluar di malam minggu dan mulai
mendalami agama. Mulai menutup aurat.
Ternyata ada hikmat di sebalik peristawa yang
berlaku. Betul kata abang tu, setiap perkara yang berlaku ada sebab dan
akibatnya. Cuma kita tidak tahu sebab kita malas mengambil tahu. Tapi kalau
kita fikirkan betul-betul dan mengimbas kembali kita akan tahu ada hikmat yang
tersembunyi.

0 ulasan:
Catat Ulasan