“Ami tak ada kat dalam bilik.
Aku tanya member bilik sebelah pun, dia cakap dia tak nampak lagi Ami hari ni.
Macam mana ni Ali?” Soal Kirana risau. Setelah sampai ke kolej, dia cepat-cepat
mendaki tangga menuju ke biliknya ingin menemui Ami, ingin meminta maaf
darinya. Tetapi hampa, Ami tidak ada di dalam bilik, ditanya member sebelah
pun, mereka tidak nampak Ami pada hari ini.
Kirana resah. begitu juga
dengan Syida. mereka menyesal dengan apa yang mereka lakukan terhadap kawan
mereka itu. Apabila melihat bilik ini, kosong terus sahaja dia menelefon Ali
yang mungkin masih lagi berada di dalam perkarangan kolej mereka.
“Aku pusing semula, sekejap
lagi aku sampai” beritahu Ali sebelum memutuskan talian. kemudian dia terus
mencari nama Amru dan terus menekan untuk menelefon lelaki itu. Amru harus
tahu, Ami kini hilang. tidak balik ke kolej.
“Hello.. apa dia?” Jawab Amru.
mulanya dia malas mengangkat mengenangkan perbuatan membernya itu. Tetapi takut
pula dia kalau-kalau ada apa-apa berita yang tidak baik tentang gadis itu.
“Ami hilang... dia tidak balik
kolej. Kau datang sini. Kita kena cari dia”
“Aku datang sekarang...”Amru
terkocoh-kocoh mahu keluar sehingga hampir dia terlanggar ibunya.
“haaa nak ke mana pulak tu?
baru je balik dah nak keluar semula. Apa nak jadilah dengan kamu ni” bebel Umi.
“Sekejap je mi, bakal menantu
umi hilang... tak balik kolej. Amru kena pergi cari dia” beritahu Amru
cepat-cepat.
“Haaaa... apa yang kau
cakapkan ni?” Umi terkejut. Amru lagilah terkejut dengan kata-katanya sendiri.
“Nanti baliklah Amru terangkan
umi. nak cepat ni” beritahu Amru yang sedang melangkah laju-laju ke keretanya.
Mana dia ni pergi. Isyyykk
kenapa nak menyusahkan aku. bukan salah aku seorang. Dia pun salah jugak.
Datang tempat macam tu, kena tanggunglah risikonya. Tempat yang tak baik.
Orang-orang yang berada di dalam tu pun tak berapa baik juga. Macam aku ni nih.
Aku pergi sana nak lepaskan tension,
bukan mencari benda -benda lain yang membuatkan aku tension lagi. Adoiiiii... Ini Ali punya kerja dengan otak yang tak
berapa cerdiknya. Mengong.. aku pun
makin tension. Manalah minah ni pergi. takkan pergi bunuh diri kot. ngeri pulak
apabila terfikirkan pilihan orang yang tak ada akal. harap-harap dia tidak
melakukan apa-apa yang akan menyusahkan orang lain.
Setelah keluar dari hotel, Ami
berjalan tanpa arah. Dengan memakai pakaian sendat, sexy dan tidak bertudung
itu, dia menjadi perhatian mata-mata keranjang yang berselisih dengannya. Ami
merasa sangat malu. Kenapa begitu pendek akalnya ini. penangan cinta membuatkan
dia melanggar prinsip hidupnya sendiri. impian yang ingin digapai bagaikan
hilang disebalik kabus. Kakinya terus melangkah. Sesekali dia menundukkan
wajahnya apabila terselisih dengan orang ramai. Sesekali dia menyeka air mata
yang mengalir keluar. Dia tidak ubah seperti gadis-gadis yang lain yang hanyut
di alam arus keseronokan dunia. Dia yang bodoh kerana mengikut kata hati yang
luka. Kononnya ingin dibuktikan bahawa dia bukan gadis yang membosankan. Tapi
hendak membuktikan pada siapa? Lelaki yang melukai hatinya? Yang memandang kaca
itu bagaikan Kristal yang mahal. Padahal dia pun sudah setaraf dengan mereka
sekarang ini, kaca yang kelihatan cantik dari jauh. Rupa-rupanya mudah pecah
berderai apabila terjatuh.
Setelah sekian lama berjalan,
Ami terduduk di atas bangku berhampiran dengan Centrel Market. Orang kian ramai
sementelah matahari hampir tegak di atas kepala. Dia terasa bagaikan
ditelanjangi oleh mata-mata yang memandang. Dia hilang arah. Hilang tujuan. Dia
tidak tahu ke mana harus melangkah. Fikirannya kosong. Hatinya terus menangis.
“kenapa dik?” Tiba-tiba dia
disapa oleh seorang lelaki yang sedang membawa sebuah gitar. Mungkin penyanyi
jalanan di situ. Ami hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja. Hatinya kian
sebak. Lebih-lebih lagi apabila ada seseorang yang prihatin dengan keadaannya
kini.
Lalu selamba sahaja lelaki itu
mengambil tempat di sisinya.
“menangis takkan akan
menyelesaikan sebarang masalah. Orang kata ikut hati mati, ikut rasa binasa.
Dua rangkap ini sudah cukup memberitahu kita hati dan apa yang kita rasa Cuma
membawa kita ke jalan buntu.”
“Abang rasa pernah ternampak
adik ni. Dulu pakai tudung kan? Kenapa hari ini lain. Kenapa pakai baju macam
ni? Dari mana ni?” bertalu-talu lelaki itu bertanyakan soalan kenapanya.
Dan kenyataan yang keluar dari
mulut lelaki itu membuatkan dia bertambah malu. Rupanya kewujudan dia pernah
diperasan oleh orang lain. Yang dia tidak pernah kenal tetapi dia suka
mendengar alunan suara lelaki ini menyanyi di kaki lima central market ini. dan
mana tahu dia yang singgah seminggu sekali itu dikenali oleh lelaki ini.
Ami terus mendiamkan diri.
“tunggu kat sini. Jangan pergi
ke mana-mana ye” pesan lelaki itu sebelum melangkah masuk ke dalam sebuah kedai
pakaian.
Tidak berapa lama kemudian dia
keluar dengan satu plastik.
“nah pakai selendang ini, tutup
yang mana tidak tertutup. Kecantikan seorang wanita ini bukan terletak pada
rupa parasnya yang ayu atau susuk badannya yang seksi tetapi terletak pada
sifat malu yang ada pada dirinya. Abang tahu kau seorang yang pandai menjaga
kecantikan diri. Abang juga tahu ada benda yang membuatkan kau jadi macam ni”
“Pergi balik… ambil wuduk dan
kau membaca AL-Quran dapat menenang jiwa yang sedang resah dan sedih. Jangan
diikut sangat rasa hati itu. Kau jangan terlalu ikut hati kau yang terluka.
Semua yang berlaku ada sebab dan akibatnya. Kau kena fikir semua itu dengan
fikiran yang tenang bukan dengan hati yang luka” panjang lebar lelaki yang membahasakan abang ini memberikan
ceramah. Macam dia tahu-tahu je, penyebab mengapa dia menjadi seperti ini.
“Pergi balik” arahnya lagi.
Ami menangis dan menangis… kata-kata abang ini memang betul-betul memukul
hatinya. Betul dia melihat apa yang terjadi dengan hati yang luka sebab itulah
dia khilaf.
‘Abang’ itu tidak menunggu
lama di situ. Dengan gitar di tangannya, dia mengambil tempat di tengah-tengah
laluan pejalan kaki di tepi Centre Market. Beberapa saat kemudia terdengar
irama dari gitar yang dimainkannya...
Sepanjang perjalanan ini
Lembah dan lurah ku lewati
Ketenangan yang ku cari
Belum ku temui
Ku menghimpun doa bertahun
Mencari pepohon yang rimbun
Bertemu dahan yang rapuh
Tempat ku berteduh
Dulu aku sendiri
Kini masih sendiri
Hadapi hidup ini
Tak bertempat mengadu
Seperti burung kepatahan sayap…
Dihati kecil ku menaruh harapan…
Selagi hidup belum sudah
Aku akan terus melangkah
Ku yakin rahmat buat ku
Di hadapan menunggu…
Ami terus teresak dan
termenung sendirian. Mendalam maksud lagu menaruh harapan yang dimainkan oleh
Abang itu. Ami sedar sesekali mata abang yang sedang memetik gitar itu menyapa
dirinya yang masih lagi terus kaku di situ.
Tak lama kemudian, Ami
mengangkat muka dan bertembung pandang dengan mata Abang itu yang seolah-olah
menyalurkan semangat untuknya. Dalam kepayahan dia mengukir senyum sebelum
melangkah pergi dari itu. Apa yang berlaku tetap telah berlaku. Dia perlu
melangkah ke hadapan. Langkah pincang ini harus dibetulkan segera. Sesal
sekarang tiada gunanya jika dia terus pasif dengan musibah demi musibah yang
melanda dirinya ini. Dia perlu bangkit. Semalam itu merupakan kesilapan yang
terbesar dalam hidupnya. Moga-moga selepas ini, dia akan menggunakan akal
terlebih dahulu sebelum mendengar kata hatinya.

0 ulasan:
Catat Ulasan