Pages

  • BAPM - 2 - Psst Entri terbaru..Semoga terhibur dan rajinlah komen ya!! Okey...okey... untuk tidak membiarkan blog sepi tanpa entri terbaru hari ni... saya masukkan bab...
    7 beberapa jam yang lalu

Rabu, 3 Ogos 2011

Hati Yang kau sakiti - 3


wow perfect… beautiful…damn sexy” Puji Kirana setelah selesai memekapkan Ami.

“kau memang cantik dan ayu Ami. Kecantikan kau terlindung dek pemakaian kau selama ini. Hafiz tu memang rambang matalah. Orang yang cantik macam ni dia lepaskan, pilih pula cantik plastik seperti Lisa tu” Dalam memuji Syida mencaci Hafiz.

Memang betul apa yang dicakapkan. Dengan susuk tubuh yang sederhana tinggi, dikenakan pula jeans ketat dan blaus ungu yang mendedahkan sebahagian bahunya, Ami kelihatan cantik sekali. Mungkin juga dia tidak pernah memakai baju seperti ini menjadikan dia kelihatan amat cantik.

“betul ke?” Soal Ami. Sedikit menyesal. Dia merasa tidak selesa lebih-lebih lagi dengan pandangan mata Kirana yang jatuh pada leher dan dadanya yang terdedah. Ini baru perempuan yang memandang. Kalaulah lelaki? Tak tahu apa tingkahnya pula.

“Aku rasa pasti kau akan menjadi perhatian kat kelab nanti” ujar Kirana.

“Jom… kita pergi sekarang. Zack pun  dah ada kat bawah” beritahu Syida.

Lalu mereka pun bergerak keluar dari bilik. Agar tidak terlalu ketara, sengaja Ami mengambil selendang dan berselendang menutup bahagian atas yang terdedah. Malam-malam minggu ini tidak ramai orang berada di kolej. Cuma dia perlu berhati-hati. Untuk apa hati-hati itu? bukankah ini yang dia mahukan?

                             *********

Suasana malam minggu di jalan bukit bintang dan Pavilion amat meriah. Pertama kali Ami keluar malam, dia merasa teruja. Sepanjang setahun belajar di KL, inilah kali pertama dia berjalan di sini. Bagaikan siang hari, ramai orang berjalan-jalan di sini terutamanya pelancong asing. Lampu-lampu berwarna warni menghiasi jalan-jalan ini menjadikan sepanjang jalan terang benderang. Sungguh happening.

Patutlah Hafiz meninggalkan dia yang hanya tahu kolej dan dewan kuliah sahaja. Tempat-tempat seperti ini tidak pernah dijejakinya. Ah terasa mundurnya dia berbanding Lisa dan juga temannya yang dua orang ini. dia tidak pernah tahu malah tidak terdetik pun untuk keluar ke sini malam hari. Cuma apabila ditinggalkan barulah dia mengambil langkah drastik untuk keluar dari kepompong kebiasaannya mala mini.

Tidak lama kemudian kereta yang dinaiki oleh mereka berhenti di tempat letak kereta di belakang sebuah kelab malam. Keluar dari kereta Ami mengikuti Kirana dan Syida memasuki the beach club. Ami merasa takut-takut. Di dalam hati, penyesalan mula timbul. Bagaikan baru tersedar dari mimpi… Ya Allah apa yang aku sedang buat nih. Kenapa aku tidak terfikir sebelum ini. Ami memandang pakaian yang tersarung di tubuhnya itu, cukup membuatkan dia menjadi perhatian mata-mata keranjang di dalam kelab ini. hatinya mula menggigil takut. Dia jauh ditinggalkan di belakang, terpaksa pula menyelit-nyelit di celah orang ramai yang berada di dalam kelab itu.

Sesekali berpapasan, mata-mata miang tidak lepas memerhati tubuhnya bagaikan ingin menelanjanginya di situ. Ami semakin takut. Hanya beberapa minit sahaja dia berada di dalam ini sudah membuatkan dia merasa sesak nafas. Bingitan muzik yang dipasangkan terdengar amat kuat di telinganya sehinggakan mereka terpaksa menjerit-jerit untuk bercakap.

Ami mengambil tempat di sisi Syida. Dia memesan  jus oren. Manakala Syida dan Kirana tidak segan silu memesan tiger dan carlberg. Bagaikan mereka telah biasa minum minuman itu. di meja itu juga terdapat empat orang lelaki termasuk Zack yang membawa mereka ke mari. Ami memandang sekali imbas ketiga mereka yang mana dua orang dari mereka tersenyum-senyum memandangnya dengan pandangan yang amat menjengkelkan. Seperti mahu memakannya. Manakala seorang lagi kelihatan berada di dalam dunianya sendiri. hanya menegur bir di hadapannya segelas demi segelas.

“siapa dia ni?” tanya salah seorang lelaki yang berada bersama mereka yang Kirana kenalkan sebagai Ali dan Khairi, yang pendiam itu pula, Amrul Hafiz.

roommates aku, dia tengah frust ni. Sebab itulah ikut korang ke mari”

“samalah dengan Amru tu, baru clash dengan awek ni. Boleh adjust diorang ni” balas Ali.

“Khairi kau.. ada bawa pil tak?” tanya Ali. Di dalam kepalanya ada perancangan untuk menghiburkan hati lara mereka berdua malam ini. Biarkan mereka enjoy malam ini sehingga melupakan segala-galanya.

“Ada” lalu diseluk poket seluar dan diberikan kepada Ali. Kemudian Ali memberikan satu biji kepada Kirana.

“kau gila ke? Tak nak aku. aku takkan khianati kawan aku”

“khianat apa? Kau Cuma menghiburkan hati dia yang tengah frust je. Biarkan mereka enjoy malam ni key…”desak Ali.

“tapi…..” Kirana masih lagi teragak-agak.

“tapi apa lagi… masukkan ke dalam jus dia je” arah Ali lagi.

Penangan sebiji pil menjadikan Ami hilang pertimbangan. Dia merasakan dunianya semakin indah. Sakit di dalam hatinya bagaikan sembuh di dalam sekelip mata. Dia kini terawang-awangan ditemani putera yang kacak sekali. Ami hanyut di dalam pelukan putera yang menemaninya.

Begitu juga Amru… kecewanya bagaikan hilang dan kini dia telah menemui seorang bidadari yang cantik. Yang sedang menghiburkan dirinya dan menemanibnya. lalu keduanya bagaikan hanyut di dalam dunia khayalan masing-masing. Ali tersenyum puas. Tidak salah rasanya menolong kawan melupakan seketika derita di hatikan?

Ah...Fatamorgana duniawi telah membuatkan mereka tersesat mencari jalan keluar. Keindahan yang dirasakan ini terlalu sayang untuk dilepaskan. Mereka kian  hilang di dalam dunia indah yang tiba-tiba muncul. Baru tadi dirasakan kepedihan dek kelukaan yang dilakukan oleh seseorang yang tidak pernah tahu menghargai cinta. Kini di dalam dunia yang hanya dihuni oleh mereka berdua sahaja, cukup indah, cukup mempersonakan. Mereka kian lupa diri, siapa mereka, dengan siapa mereka bersama dan di mana. Mereka terus ketawa dan ketawa.. indahnya dunia ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails