Seminggu yang
berlalu belum dapat menyembuhkan luka di hati Ami. Apatah lagi dengan kelakuan
Hafiz dan Lisa yang sengaja menunjukkan kemesraan mereka. Kononnya mereka
sedang berbahagia. Suara mengada-ngada Lisa bagaikan terngiang-ngiang di
telinga Ami, senyuman mesra Hafiz bagaikan terlekat di kornea matanya.
Menjadikan hatinya semakin berdarah. Apa salahnya? mereka tidak habis-habis
mahu menyakiti dirinya. bukankah dia telah melepaskan Hafiz, setuju sahaja
dengan permintaannya. Tetapi lain pula jadinya, mereka kian hari, kian
melampau.
Ami terasa
amat tension. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Dalam melayani
perasaan lukanya, kedengaran pintu dibuka, Kirana dan Syida, teman sebiliknya
telah pulang dari kuliah. mereka berbual-bual dan ketawa-ketawa. Entah apa yang
mereka bualkan.
“kau nak ikut
kitaorang pergi enjoy tak?” tanya Kirana sekadar ajak-ajak ayam sahaja. Lagipun
dia tahu tak mungkin Ami mahu keluar bersama mereka malam-malam begini.
“ke mana?”
“bukit
bintang.. kami nak pergi kelab malam” beritahu Syida bersahaja.
“ok… aku
ikut” akan dia buktikan dia pun pandai berhibur juga. Bukan pandai study dan
study je.
Kirana dan
Syida saling berpandangan. Terkejut mendengar jawapan Ami itu. mereka pelik,
selama ini tidak pernah sekali pun dia mahu mengikut mereka, lagi menasihati
adalah. Malam ini terbalik, ajak-ajak ayam mereka diterima.
“tapi kau tak
boleh pakai tudung.. pakai baju kurung yang sentiasa kau pakai tu” beritahu
Kirana lagi. Manalah tau Ami akan bertukar fikiran. Yelaa selama ini pakaian
hariannya adalah baju kurung, tak pun blaus longgar bersama seluar slack.
“aku pinjam
baju kau boleh? Aku tak ada baju-baju yang macam korang ada” pinta Ami. Kirana
dan Syida saling berpandangan. Ini terlalu pelik ini.
“Ami… kau ni
ok ke tak ni?” Soal Kirana sambil mendekati Ami yang sedang bersila di atas
katilnya.
“oklaa..
mengapa tak ok pulak?” soal Ami pula.
“yelaa selama
ni mana kau mahu ikut kitorang keluar malam-malam. Dan pakai baju yang macam
kami pakai ni, bukan taste kau tau?
Kau ada masalah ke?” tanya Kirana prihatian. Syida pula mengambil tempat di
atas katilnya bertentangan dengan katil Ami.
Ami terdiam…
dia ingin tahu apa seronok sangat keluar malam dan berhibur-hibur di kelab
malam yang diwar-warkan oleh hafiz sehingga meminta hubungan mereka diputuskan?
Dia ingin alami apa rasanya keseronokan itu. dia ingin tahu macam mana rupa di
dalam kelab malam itu.
Ami
menundukkan kepalanya. cuba untuk menahan sebak di dalam dada. Ah. Buat apa dia
bersedih-sedih lagi sedangkan Hafiz orang yang melukakan hatinya sedang
bergembira dan berpesta. Dia pun boleh juga bersukaria dan berpesta dari
menangis hati yang luka ini.
“Aku dan
Hafiz telah putus. Sebabnya dia bosan bercinta dengan aku yang tiada life ini. yang semuanya tak boleh. Dia mahukan
seorang kekasih yang boleh di bawa ke sana ke mari, boleh keluar enjoy
malam-malam minggu di kelab-kelab malam.”
“aku pun
boleh juga. Jadi aku nak ikut korang malam ni. Nak tahu best sangat ke pergi
kelab malam ni” tegas Ami.
“Kau pasti ke
Ami. Aku tak rasa suasana di dalam kelab malam ni sesuai untuk kau. Aku takut
kau sampai je kat situ, kau menyesal dan nak balik. Kami takkan hantar kau
balik dah. pagi esok baru balik tau” Kirana bertanya untuk kepastian, dia tidak
mahu sampai di sana, Ami ingin pulang. Siapa yang nak hantar dia balik nanti.
“tak!!”
“betul ni?”
“ye betul.. aku nak ikut
korang” tegas Ami. Kirana memandang Syida yang mengangkat bahunya.

0 ulasan:
Catat Ulasan