“kita putus.. I dah boring dengan u, nak pergi tengok wayang berdua tak boleh, keluar
malam-malam berdua tak boleh. Nak sentuh-sentuh sikit tak boleh. Bukannya luak
sangat pun. malah tak terjejas apa pun”
“Lisa lebih baik dari u. I nak pegang sikit pun
tak kisah. Malam-malam boleh keluar enjoy…
pergi kelab. Pergi menari… dengan u semua tak boleh. Memang dasar perempuan
kampung” hafiz mencemuh. Dia sudah boring
dengan gadis ini. bercinta hampir enam bulan, hidupnya macam tak hidup..
mendatar je, tidak ada hiburan langsung. Yang dia tahu pergi kuliah,balik
kuliah, makan dan study kat library.
Petang-petang main bola dengan kawan-kawan. Hujung minggu pula semua
kawan-kawan keluar berdating bersama
awek mereka. Awek dia pula lebih senang berdating
di library je. Tetapi sejak berkenalan dengan Lisa, dunianya terasa berseri dan
berwarna warni. Lisa seorang yang menghiburkan dan tidak lokek untuk disentuh
dan dipegang-pegang. Bukan macam Ami tu, jalan berjarak sedepa, pulak tu tidak
boleh bertentang mata lama-lama. Hmmm heran juga ye.. macam mana dia boleh
terpikat dulu. mungkin kerana kelembutan wajah dan suaranya yang merdu kot.
Ami terpaku.
Tidak di sangka perkara ini yang penting sangat Hafiz mahu berjumpa dengannya.
Teruk sangatkah kelakuannya selama ini. bukan dia yang memikat lelaki itu.
bukan dia yang mahu mereka bercinta dulu. lelaki di hadapannya ini yang
memulakan dahulu. mengekori sepanjang masa. Sentiasa mengambil tempat di
sebelahnya di dalam kuliah. sentiasa mencari peluang untuk mendekati dirinya.
namun kini setelah namanya kian terukir di dalam hati, semakin subur cinta ini
untuknya, dia memberikan kata putus. Alasannya bersama dengannya dia merasa
boring. Tidak ada life langsung. Bukankah dari awal-awal lagi dia telah
tegaskan dia bukan seperti gadis lain yang senang-senang dibawa ke sana ke
sini. Dia tidak sukakan semua itu, matlamat di sini adalah untuk belajar dan
menghadiahkan ibu dan ayah segulung ijazah yang cemerlang. Bukan sekadar pujian
sahaja. Jadi di manakah salahnya?
“terpulang
pada awaklah. Kalau itu yang membahagiakan awak. Membuatkan awak tidak boring dengan hidup awak. Pergilah pada
dia. Saya tak kisah” tegas Ami berkata walaupun di dalam hati, darah kian
membuak-buak dari luka yang dihiris tajam oleh kata-kata Hafiz tadi. Dia tidak
ingin kelihatan lemah di hadapan lelaki ini. dia akan membuktikan tanpa cinta
lelaki ini pun dia boleh hidup biasa-biasa. Boleh menjalani kehidupannya dengan
sempurna tanpa cinta seorang lelaki.
“ok.. fine..
mulai hari ini kita putus” ucap lelaki itu dan terus meninggalkan Ami tanpa
berpaling lagi.
Lama Ami
berada di situ setelah pemergian Hafiz. Ditenung tasik di hadapannya. Air mata
mengalir tanpa dia sedari. Laju membasahi pipinya sehingga mengaburi
pandangannya. Sakitnya hati ini tidak dapat digambarkan. Dulu.. bermati-matian
dia menolak huluran kasih lelaki itu, tetapi bermati-matian juga lelaki itu
cuba dan terus mencuba. Sehinggalah hatinya sedikit demi sedikit terbuka
untuknya. Dan mengapa setelah bunga mekar di hati, dia melangkah pergi. Kasih dan
cintanya selama ini tidak cukupkah untuk mengikat hatinya setia pada dirinya?
Begitu mudah
kasih seorang lelaki beralih arah setelah berjumpa dengan gadis yang cantik dan
sexy. Murah sangatkah nilai cintanya sehingga begitu mudah dia memutuskan
pertalian kasih ini? Ami menarik nafas panjang. Dia tidak menyangka, saat hati
mula menyayangi lelaki itu, dia ditinggalkan. Sikapnya, nama saja baik, rupanya
hanya topeng semata-mata untuk mengelabui mata hatinya supaya tunduk dengan
godaan hati untuk berkasih sayang.

0 ulasan:
Catat Ulasan