Pages

  • BAPM edited 1 - Psst Entri terbaru..Semoga terhibur dan rajinlah komen ya!! *BAB1* * * Riya sedang berbaring-baring di ataskatil di dalam biliknya di kolej Pertama, UM. D...
    2 beberapa hari yang lalu

Ahad, 7 Ogos 2011

Hati yang kau sakiti-7


“Ami ada orang nak jumpa kau” beritahu Kirana.

“Siapa?”

“entahlah… aku Cuma sampaikan pesanan saja. Kalau kau nak tahu pergilah turun ke bawah” Jawab Kirana acuh tak acuh. Dia kini semakin ayu bertudung. Dengar kata tak lama lagi akan berkahwin dengan Ali. Baguslah.

Melihat Ami melangkah keluar dari bilik dengan ekor matanya, Kirana tersenyum nipis. Diharapkan pertemuan itu akan mengurangkan rasa bersalah yang menebal di hatinya. Ami seorang yang baik dan patut mendapat seseorang yang baik juga. Oleh itu dia berharap pertemuan ini memberikan makna kepada sahabatnya itu.

Sampai di lobi kolej, mata Ami melingas mencari wajah seseorang yang dikenali. Matanya tertangkap wajah Hafiz yang sedang tersenyum ke arahnya. takkanlah mamat ini. lalu dipalingkan wajah ke tempat lain. Di cari lagi kot-kot bukan Hafiz yang ingin ditemuinya.

“Assamualaikum…” serentak salam diberikan oleh dua orang berlainan di sebelah kanan dan kirinya.

Ami mendongok dan memandang seorang lelaki yang tinggi lebih kurang tujuh kaki itu. tinggi sangat dibandingkan dengan dirinya yang Cuma lima kaki sahaja.

“Siapa kau” cepat Hafiz bertanya pada lelaki itu. Ami terdiam. Cuba untuk mengingati siapakah lelaki ini. dan…. Serta merta wajahnya memerah apabila teringat peristiwa lebih kurang sebulan yang lalu.

“Kau pula siapa?” Soal lelaki itu yang namanya Amrul Hafiz kalau tak silap Ami.

“Aku teman lelakinya” bangga hafiz memperkenalkan diri. Bukankah mereka sudah putus. Dari mana pula datangnya frasa ‘teman lelakinya’.

Ami tidak menghiraukan kenyataan yang langsung tidak masuk akal itu.

“Waalaikumussalam. Kenapa awak datang ke mari?” soal Ami kepada Amru.

“banyak benda lagi yang kita tak settlekan .tergantung begitu sahaja. Saya datang nak bincangkan hal dulu” jelas Amru maksud kedatangannya hari ini.

“oooh… rasanya semuanya sudah selesai. Tak ada apa-apa lagi. Semalam biarlah menjadi sejarah semalam yang tidak perlu diingati. Awak tak usah risau. Saya tak apa-apa. Awak tidak perlu bertanggungjawab di atas apa yang berlaku” terang Ami.

“Hmmm saya rasa tak macam tu. Umi saya hendak berjumpa dengan awak. Saya cakap kat dia hari ini saya akan bawa bakal isteri saya ke rumah untuk berkenalan” Amru Hafiz menjelaskan maksud sebenarnya.

“tapi…..”

“tak ada tapi-tapi… sejak peristiwa itu awak telah menjadi tanggungjawab  saya” tegas Amrul Hafiz.

Ami masih lagi ingin berkata sesuatu..tapi...

“sekarang.. pergi ambil beg awak dan kita ke rumah saya” Amru terus mengarahnya.

“hey… kau ni siapa nak arah-arahkan dia. Kau tak faham ke dia ni girlfriend aku” celah Hafiz yang sedari tadi dia mendengar perbualan mereka.

Ami memandang Hafiz yang sedang menahan perasaan marahnya.

“awak dah lupa agaknya yang kita telah putus hubungan hampir dua bulan yang lalu. Awak yang putuskan. Kenapa hari ini mengaku saya masih lagi teman wanita awak. Mana perginya Lisa, girlfriend baru awak tu?” soal Ami tenang.

“dia Cuma kawan aku ju, bukan girlfriend aku. Ami maafkan aku. aku baru sedar yang aku memang sayangkan kau. Cintakan kau” luah Hafiz.

“hmmmm… rasa itu bukan cinta. Itu Cuma perasaan kau je. Baliklah. Kita dah tak ada apa-apa. Dulu memang ya tapi sekarang tidak. Aku pun dah tak ada rasa apa-apa lagi dah kat kau” balas Ami.

“Bagi aku peluang Ami”

“aku dah bagi tapi kau yang tolak peluang tu. Hati aku Cuma satu dan bila ia disakiti, ia takkan sesekali mengulangi kesakitan yang sama”

“tapi takkanlah kau nak menerima lelaki ini”

“Amru.. dia telah terima pun. cuti semester nanti kami akan berkahwin” Amru mencelah. Ami terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Amru. Bila masa dia menerima. Dia memandang wajah Amru untuk kepastian.

“Sebulan yang lepas. remember sayang?”soal Amru. Segera Ami teringat kisah pada malam itu. Perlahan Ami mengangguk-angguk. Dia takut kalau-kalau Amru menceritakan apakah peristiwa itu kepada Hafiz andai dia menyatakan tidak mengingatinya. Selepas itu Hafiz berlalu pergi biarpun di dalam tergambar di riak wajahnya dia tidak puashati dengan kenyataan itu.

Di dalam kereta hanya kedengaran suara DJ hotfm yang sedang berceloteh. Keduanya mendiamkan diri sambil melayan radio sahaja. Amru Hafiz tenang memandu. Ami pula walaupun nampak tenang tetapi hatinya resah.

“Awak…”

“Ya….”

“tentang peristiwa malam itu. Awak tidak perlu merasa bertanggungjawab. Bukan salah awak. Bukan salah kita. Kita Cuma mangsa keadaan” Ami memulakan kata.

“Awak tak rasa apa-apa?” Soal Amru pelik. Kalau diikutkan cerita tenang Ami yang didengari dari Kirana, dia tahu Ami bukan seorang gadis yang social. Yang tak kisah tentang hal dara ke tak ni. Tapi kenapa dia kelihatan tenang sahaja.

“rasa apa? Menyesal?” soal Ami. Amru mengangguk. Angguk.

“Memang ada. Siapa yang tak menyesal hilang sesuatu yang berharga pada seseorang yang tidak dikenali dan juga dalam keadaan tidak sedarkan diri”

“tetapi masa tetap akan berlalu dan kenyataan tidak akan berubah. Saya muhasabah diri sendiri. cari kekhilafan diri sendiri bukan tahu menyalahkan orang lain di atas kesalahan diri”

“Mujurlah… tiada benih yang bercambah. Walau bagaimana pun diri saya bukan lagi yang dulu”

“taka pa… saya redha. Yang perlu saya lakukan menyesal dan bertaubat kepada Allah. Berjanji takkan mengulanginya lagi. Bukan mencari orang yang melakukannya untuk bertanggungjawab ke atas diri saya” panjang lebar keterangan diberikan oleh Ami.

Amru terdiam. Dia mengagumi kematangan Ami dalam menangani masalah yang menimpanya. Dan keputusan yang dia buat tidak salah.

“Sebab itulah saya ingin bertanggungjawab sepenuhnya ke atas awak. Jadi isteri saya dan saya takkan biarkan hati awak disakiti lagi”

“Saya tahu saya ni bukan sempurna. Bukan lelaki yang terbaik. Tetapi sebelum awak saya tidak pernah meniduri wanita lain. Awak yang pertama dan saya juga berharap awak yang terakhir.”

“kita mulakan hidup baru. Kita jadikan apa yang berlaku dulu sebagai pedoman hidup kita. Berkunjung ke kelab malam dan berhibur bukan jalan menyelesaikan masalah tetapi memberikan masalah.”

“Sejak peristiwa itu banyak yang saya fikirkan. Nilaikan semula hidup saya. Dan secara tidak langsung saya sudah jumpa orang yang akan menemani saya sepanjang hidup ini”

“tetapi kita tidak pernah saling mengenali. Malah memang tak kenal pun” tingkah Ami.

“Saya kenal awak melalui cerita Kirana dan Syida. Itu sudah cukup untuk saya menilai diri awak yang sebenarnya. Yang lain-lain biarlah saya ketahui selepas kita berkahwin.” Tegas Amru Hafiz. Dia tidak perlu memikirkan berkali-kali. Hatinya memang telah lama yakin. Ami lah yang terbaik untuk dirinya.

Tidak disangka, disebalik musibah yang berlaku, tersembunyi seribu hikmat. Kirana dan Syida telah berubah. Dirinya semakin mendekati Allah s.w.t. semakin mematangkan diri untuk menempuhi hidup ini. dan hadirnya lelaki yang meragut kegadisannya untuk bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku.

Syukurlah… disebalik gerimis adanya pelangi yang indah. Di sebalik tangisan semalam ada tawa yang menanti. Di sebalik derita semalam ada bahagia yang menanti. Ami tidak akan menoleh ke belakang lagi. Focus terus ke hadapan.

Ami menganggukkan kepalanya perlahan dan menghadiahkan senyuman manis kepada Amru di sebelah. Kereta meluncur laju menuju ke destinasi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails