Pages

Isnin, 21 Mac 2011

Aku dan Nombor


Nombor? Angka? 1..2..3..4..5..6...7..8..9..10... Memang takkan pernah lagi aku melihat nombor-nombor ni. tengok jam pun akan tengok nombor juga, tengok kalendar pun akan tengok nombor juga, berapa hari bulan. di kalendar tu memang terpapar nombor kan? Siapa kata dirinya membenci nombor. Tak suka matematik, tak suka nak kira-kira nih. Padahal dalam tak sedar setiap hari kita akan berdepan dengan nombor-nombor nih.



Kerja aku pula memang terlibat secara langsung dengan nombor. bukan nombor biasa-biasa je tetapi nombor yang dinilaikan dengan duit. hari-hari aku akan mengadap nombor ni. bajet untuk belanja itu dan ini. bajet wang masuk banyak itu dan banyak ini. kemudian seimbang tak dengan perbelanjaan yang dikeluarkan. Benda yang sama perlu diulangi setiap hari, setiap bulan, bahkan saban tahun.

Haaa itulah kerja aku.. hendak cerita lebih lanjut lagi.. pada entri-entri akan datang erk. ini sebagai pengenalan. sebagai tanda kenal yang blog ini telah kembali. telah diberikan sedikit cahaya oleh pemiliknya.
Jadi sesiapa yang mengatakan dia benci nombor-nombor ni, fikirkan dulu sebelum menyatakannya. Sebab kehidupan seharian kita tidak akan terlepas dari nombor ini. Macam akulah kekadang benci gak dengan nombor - nombor ini, tetapi memang aku tak dapat lari dari menggunakannya. Jadi dalam benci pun kenalah suka. Dalam pahit pun kenalah telan juga. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails