FB ni memang aku dah lama kenal.... sebelum semo pakat dok bukak akaun FB ni kot. aku dah bercucuk tanam kat ladang dia... bermain dengan dua tiga jenis games kat dalam tu. sampai satu tahap aku rasa dah bosan. pulak tu masa tu dah addicted nak bercucuk tanam je. bayangkan bukak je PC kat office terus bukak FB dan bercucuk tanam dan menuai tanaman yang dah boleh dituai. ceh... macamlah aku ni petani pulak dah. memang aku anak seorang petani pun. hehehhehe.. kuah tak tumpah ke nasilah. tumpah kat tempat lain.
So aku cuma belajar bercucuk tanam dalam FB je. Sehinggalah satu hari aku merasa sangat boring. bodoh pulak asyik dok bercucuk tanam tapi tak dak hasil. Sampai kerja-kerja lain tertangguh-tangguh. Jadinya aku pun stop main games. Kalau main pun sekejap je. Ladang aku tu dah lama benar tak jenguk. agak-agak hidup subur lagi tak hehehe....
So aku cuma belajar bercucuk tanam dalam FB je. Sehinggalah satu hari aku merasa sangat boring. bodoh pulak asyik dok bercucuk tanam tapi tak dak hasil. Sampai kerja-kerja lain tertangguh-tangguh. Jadinya aku pun stop main games. Kalau main pun sekejap je. Ladang aku tu dah lama benar tak jenguk. agak-agak hidup subur lagi tak hehehe....
Sekarang ni memang dah jadi habit kot. setiap hari memang online walaupun aku bukan aktif meng-update status FB aku. Tak minat nak share apa yang kita buat setiap hari. tapi kalau ada angin yang menggila nak update nih.. update gaklah..tapi walaupun aku tak selalu update status tu, profile aku sentiasa je ada update terkini dari blog-blog aku ni. Jadi tak pernah sunyilaa kan. tak adalah macam tak berpenghuni sangat. walau bagaimana pun aku tetap juga mengikuti perkembangan member-member dalam fb tu. yang mana yang menarik aku komenlaa...
Sekarang ni seronok sikit sebab Pak Busu dia wujudkan group anak cucu pak muda kub. Jadinya apa-apa cerita terkini sampai gaklaa kat aku. bolehlah nak berhubung dengan saudara mara yang hanya berjumpa dua, tiga kali setahun nih. dapat gaklah tengok gambar terbaru mereka, perkembangan terbaru mereka. pendek kata dengan FB senang nak berhubung dengan orang-orang jauh nih.
melalui FB jugak aku tahu rupanya ramai penulis novel kat Malaysia ni. banyak novel-novel baru sampai aku dah tak mampu nak berjalan sederas novel-novel yang ada kat pasaran. Banyak novel terbaru yang aku ketinggalan. yang tak baca lagi. Nak beli pun ....tak sempat.. Kalau beli dan tak baca terus alamatnya terus jadi penghuni setia atas rak kecik aku tu laa... Sayang pulak rasanya. Dapat ramai kenalan dan dapat tahu juga ramai jugak rupanya ikuti cerita yang aku tulis kat blog ni. Kiranya ini menaikkan semangat nak menulis laa yerr.. heehee... untuk mengembangkan bakat dan potensi diri je.
tapi ada juga yang tak best ni. kalau disalah guna atau orang lain tersilap tafsir dengan komen kita atau status update kita, boleh merenggangkan perhubungan juga. tidak kiralaa ibu bapa dengan anak ke, suami isteri ke, adik beradik ke atau pun dengan rakan. aku? ada jugak terjadi silap faham dengan member ni. niat kita baik tapi disilap tafsir jadi sebaliknya. Selepas itu aku pun berhati-hatilah dengan apa yang aku komen dan update kat dalam FB tu. takut pisang berbuah 10 kali lagi. tak mau gue... hehehe
Dalam baik ada buruknya. dalam Jahat ada baiknya... terpulang pada diri kita. Kalau gunanya dengan niat yang baik, akan dapatlaa apa yang baik tu. Kalau gunanya dengan niat yang tak baik, akan dapatlah yang tak baik tu. Jadi perbetulkan niat dulu sebelum menggunakan kemudahan teknologi yang semakin canggih ni. jangan menyesal di kemudian hari sudahlaaaa...

0 ulasan:
Catat Ulasan