Telah lama blog ini sepi dan dibiarkan ia usang ditelan masa. dan kini aku kembali ke rumah ini. Rumah pertamaku di alam maya. Aku binanya ketika di dalam tahun 2008 sebelum aku memulakan blog untuk enovel. Blog ini cuma berkisahkan tentang aku dan kehidupan yang di lalui.
setelah sekian lama menyepikan diri, aku telah membuat beberapa perubahan dan berwajah beru. kandungannya pun baru juga. yang lama aku telah padamkan. Sebab aku mahu mulakan cerita baru dan episod baru. Walaupun di dalam kehidupan sebenar, aku atau sesiapa sahaja tidak boleh memulakan apa yang telah berlaku semula atau mengulanginya lagi. Namun aku boleh membuat pembaharuan di dalam hidupku dengan menjalani kehidupan ini dengan lebih baik dari yang sebelumnya.
Jadi di sinilah kisahku. aku kongsikan di sini buat tatapan semua. Suka dan duka. Pahit dan Manis yang aku lalui. Kadang kala kita perlu mengimbas setiap peristiwa yang berlaku dulu... sebelum hari ini untuk menjadikan esok dan hari - hari yang mendatang menjadi lebih baik. Menjalani kehidupan dengan lebih baik. Itulah yang aku mahu lakukan.

0 ulasan:
Catat Ulasan